


Alhamdullilah... Semuanya sudah selesai, kami selamat dinikahkan pada malam 12 Dec 2008 di Vision Homes Seremban 2 dan majlis pernikahan di hadiri oleh saudara mara terdekat.
Pada 14 Dec 2008 majlis resepsi sebelah Elinda diadakan di Seremban Country Golf Club, Rasah Kemayan. Majlis yang gilang gemilang itu dihadiri oleh saudara mara dan sahabat handai. Ballroom yang indah dan selesa serta P.A system disediakan oleh SCGC dan juadah makanan disediakan oleh D' Angsana Catering. Manakala pakaian pengantin dan make-up disediakan oleh Kak Intan. Dan tidak lupa juga Photographer Ocham Pedro a.k.a Keci Ocham yang sudi untuk menjadi cameraman kami yang tidak jemu melayan kerenah kami semasa sesi fotografi. Terima kasih diatas kerjasama yang telah diberikan dan tahniah kerana berjaya merealisasikan majlis persandingan kami dengan teratur dan sempurna.
Pada 21 Dec 2008 majlis resepsi diadakan di Dengkil. Majlis persandingan dibuat bersama -sama dengan adik aku Siti Nurehan bersama pasangannya Kaiser Imran. Majlis yang gilang gemilang ini dihadiri oleh saudara mara, rakan2 Gombak dan rakan2 RTM. Majlis ini diadakan secara bergotong royong dan semua saudara mara, sahabat handai, adik beradik, bakal2 adik ipar serta jiran tetangga Taman Ambar, Dengkil turut datang untuk menghulurkan bantuan semasa kenduri itu. Terima kasih tidak terhingga diatas bantuan yang telah diberikan. Tidak lupa juga jutaan terima kasih di atas pertolongan serta restu ayahanda Omar Bin Othman dan bonda Siti Paridah Shamsudin. Mak Ayah, doakan kebahagiaan kami semua... Amin..